Propellerads

7 TIPS PENJAGAAN TUDUNG


TIPS PENJAGAAN TUDUNG | Ramai yang mahu kelihatn cantik tampil bertudung sewaktu hari lebaran nanti. Tetapi tak ramai yang tahu penjagaan yang betul untuk rambut, tudung dan kepala anda. Anda harus tahu agar dapat mengekalkan kesihatan dan keselesaan anda semasa bearhari raya nanti !



7 Tip penjagaan tudung

1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).

3. Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki sengkuap.

4. Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

5. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung bersengkuap, pastikan jangan melipat bahagian sengkuap kerana jika ia terlipat, tudung terbabit akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.

6. Jika bahagian sengkuap terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

7. Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah.

Share on Google Plus

About bradokapak

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment