Propellerads

Nazri Aziz Beri Amaran Pada TMJ Jangan Campur Hal Politik

Nazri Aziz Beri Amaran Pada TMJ Jangan Campur Hal Politik

BACA JUGA: TMJ JAWAB UGUTAN NAZRI 

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Baru-baru ini Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu supaya Tengku Mahkota Johor ((TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara atau beliau akan turut dikecam seperti ahli politik lain, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

“Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)…kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah,” kata Mohamed Nazri yang dipetik daripada portal berita The Star dalam satu majlis di Universiti Malaya, hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, raja-raja dan keluarga diraja berada di atas undang-undang, justeru mereka tidak sepatutnya mencampur tangan dalam politik.

“Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” kata Mohamed Nazri sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini, berhubung ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program dialog “Nothing2Hide”.
Share on Google Plus

About bradokapak

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment