Rakaman Perisytiharan Puasa dan Hari Raya
Selama ini saya sangka pengumuman mohor besar dijalankan secara LIVE, sehinggalah saya terlihat posting sahabat saya yang bekerja di RTM Sdra Ramzul Ikbar Saiful Aula.
Rupa-rupanya ia rakaman, dengan skrip 2 tarikh masihi berbeza bagi tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal.
Dulu-dulu masa kecil-kecil saya ingat;
1. Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan berada di satu tempat berdekatan dengan lokasi melihat anak bulan.
2. Dalam masa sama proses melihat anak bulan dilakukan oleh ahli-ahli falak.
3. Selepas menoropong anak bulan. Jika nampak, mereka akan membuat keputusan bahawa keesokannya puasa atau raya. Jika tidak nampak mereka akan membuat kiraan falak.
4. Selepas mereka membuat keputusan tarikh puasa atau tarikh hari raya, mereka maklumkan kepada Pemegang Mohor Besar.
5. Pemegang Mohor Besar akan menghubungi Majlis Raja-raja utk mendapat pengesahan tarikh.
6. Selepas dapat pengesahan tarikh, Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan ke studio rakaman utk membuat rakaman secara LIVE ke seluruh rakyat Malaysia di kaca-kaca TV.
7. Saya akan menanti dengan penuh sabar sama ada esok jauh 1 Ramadhan atau 1 Syawal, menonton pengisytiharan oleh Pemegang Mohor Besar Raja-raja.
Itulah imaginasi saya ketika kecil-kecil dahulu.
Hahaahaha... Rupa-rupanya bukan.
Apa pula imaginasi anda?
p/s: Cuba korang fikir, tiba-tiba tukang buat perisytiharan tu meninggal dunia sebelum tarikh yang sepatutnya... agak-agak kelam kabut tak mereka nak tukar video ? :v
Kredit Artikel: Afyan Mat Rawi
Kredit Artikel: Afyan Mat Rawi
LAGI GAMBAR.....
Blogger Comment
Facebook Comment