Propellerads

Tun Mahatir Nafi Beliau Tidak Dijemput



Tun Mahatir Nafi Beliau Tidak Dijemput



KUALA LUMPUR: Penganjur #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO"  mendakwa Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke majlis tersebut adalah tanpa sebarang undangan daripada pihak mereka, kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.

Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Khairul Anwar juga mendakwa sekumpulan hadirin telah merempuh pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn untuk membawa Tun Dr. Mahathir untuk membolehkan Tun M masuk.

Bagaimanapun sebentar tadi tersebar dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Kelab Che Det dikatakan bakal menjawab semua misteri adakah Tun M sebenarnya menerima undangan untuk berada di dalam program berkenaan.

Mereke juga memuatnaik gambar kononnya perbualan Whatapps Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam yang mengesahkan dia ada menyediakan kerusi khas untuk Tun M.




Share on Google Plus

About bradokapak

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment