Propellerads

Doktor Bertindak Melampau Rakam Selfie Boleh Disaman Pesakit

Doktor Bertindak Melampau Rakam Selfie Boleh Disaman Pesakit


Tindakan melampau doktor yang merakam gambar selfie ketika membuat pemeriksaan ke atas seorang pesakit baru-baru ini boleh disaman, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim



Keluarga pesakit wanita yang dirakam gambar  ketika dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawau perubatan itu.

Beliau juga berkata, tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita dan juga keluarga terbabit apabila gambar itu di ambil kerana amat sensitif.

Ini komennya:

"Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.     

"Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," 

"Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit," 

Diharap para pengamal perubatan dapat mengambil ikhtibar dari hal ini.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment