Propellerads

Guling Kerajaan: Mufti Jangan Keluar Kenyataan Double Standard - Ahli Parlimen

Guling Kerajaan: Mufti Jangan Keluar Kenyataan Double Standard - Ahli Parlimen


Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Mufti Perak, Harussani jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria diminta tidak mengeluarkan kenyataan ‘double standard’ berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Dr Muhajid berkata, dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

Dr Mujahid menambah lagi, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Ahlu Parlimen ini juga berkata dia tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi oleh mufti Perak itu sendiri

Ini komennya:

“Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.

"Pada saya, beliau bersifat ‘double standard’. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?” katanya kepada media, hari ini.

“Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.

“Saya harap selepas ini, beliau buat kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan.  Kenyataannya itu dilihat lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada,” 

Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam kenyataannya menyebut, tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment