Propellerads

Ini Respon Balas Muhyiddin Apabila Dituduh Berkomplot Jatuhkan Najib

Ini Respon Balas Muhyiddin Apabila Dituduh Berkomplot Jatuhkan Najib


Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya buka mulut tentang satu tuduhan yang mengatakan dia sedang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malasyia.


Muhyiddin menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol apatah lagi dengan pembangkang untuk menumbangkan kepimpinan PM Najib.

Muhyiddin menambah, sebagai Timbalan Presiden UMNO dan telah 40 tahun bersama UMNO, itu adalah tuduhan yang tidak munasabah.

Muhyiddin juga kini fokus untuk membelas nasib orang melayu melalui UMNO.

Ini komennya:

"Saya tidak ada komplot untuk tumbang perdana menteri dengan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)... kedua-dua telah nafi dan saya tidak perlu nafi atau cakap kerana saya tidak terlibat," 

"Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban," 

"Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju, namun ia memerlukan komitmen keseluruhan kepimpinan terutama golongan muda yang berani dan tegas," 

Sumber: BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment