"Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari"- Tukang Potong Rumput
"Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari" - itulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tukang potong rumput apabila secara tidak sengaja telah memecahkan cermin sebuah kereta.
Pengakuan tukang potong rumput dari etnik Rohingya itu amat mengharukan apabila dia sanggup membayar kos menggantikan cemin kereta tersebut walaupun bosnya sedia berbuat demikian.
Pemilik kereta tersebut, Mizi turut berkongsi tukang potong itu sempat menceritakan tentang negaranya yang sedang bergolak dan mengingatkan tentang akhirat dan kematian.
Tambah Mizi lagi, kisah ini turut memberi peringatan supaya jangan pandang remeh terhadap orang lain yang zahir nampak tiada apa-apa tapi dia jujur demi rezekinya dan mungkin mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Sikap pemotong rumput ini juga dipuji ramai kerana sanggup menggunakan duit sendiri atas kesilapan yang dilakukan.
ini pula komen dari orang ramai tentang hal ini:
"MasyaALLAH jujurnya dia,"
"Bukan sahaja rezekinya murah. Kita doakan negara mereka aman makmur dan mereka dapat hidup sempurna di negara mereka sendiri. Amin,"
Semoga kisah ini jadi teladan. Jujur amanah jadikanlah amalan.
Blogger Comment
Facebook Comment