Propellerads

Kalau Tak Suka Najib Pun, Tunggulah Pilihanraya - Menteri Nazri

Kalau Tak Suka Najib Pun, Tunggulah Pilihanraya - Menteri Nazri


Sekiranya tidak sukakan dan benci Perdana Menteri pun, tunggulah sehingga pilihan raya kerana perkara ini bukan soal kehendak individu. Ianya membabitkan suara majoriti rakyat.

Itulah antara komen Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

 Ini komennya:

TUNGGU PILIHANRAYA

"Rakyat kalau tak suka Perdana Menteri tunggulah pilihan raya sebab ini bukan soal kehendak seorang individu ini soal kehendak suara terbesar dan suara terbesar pada tahun 2013 telah menunjukkan mereka mahu kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri kerana beliau Presiden kepada sebuah parti (Umno) serta mendapat kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat," 

AHLI UMNO TUMPU PILIHANRAYA 14

Nazri turut mengingatkan pimpinan Umno yang berhasrat menggulingkan Perdana Menteri untuk menghentikan hasrat berkenaan dan bekerja untuk parti serta rakyat sehingga PRU14.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan pada pemilihan Umno akan datang.

"Jadi kalau ada ahli Umno pun tak setuju tunggulah sewaktu pemilihan Umno yang akan datang nanti jika tak suka pun. 

"Jadi hentikanlah, buatlah kerja kalau nak jatuhkan kerajaan pun buatlah cara yang dibenarkan iaitu menerusi pilihan raya," .

GULINGKAN PM SATU KESALAHAN

Beliau menegaskan sekiranya wujud  usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri itu memang satu kesalahan di bawah kanun keseksaan.

"Sebab ia dilakukan dengan cara yang keras kerana seseorang yang dilantik, dipilih oleh rakyat tidak boleh diturunkan dengan cara yang tidak demokratik.

"Oleh itu,  kalau guna cara itu ia adalah jenayah  merupakan kesalahan di bawah kanun keseksaan dan tindakan boleh diambil,"

Sumber: SinarHarian


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment