Propellerads

Kanak-Kanak 11 Tahun Lahirkan Anak, Polis Dah Kenalpasti Teman Lelaki

Kanak-Kanak 11 Tahun Lahirkan Anak, Polis Dah Kenalpasti Teman Lelaki


Kisah kanak-kanak berusia 11 tahun yang melahirkan bayi di Negeri Sembilan menjadi bahan bualan ramai. Perkara ini memang mengejutkan ramai.


Pada mulanya dikatakan murid darjah 5 itu sering mengadu sakit perut dan dibawa ke klinik.

Selepas pemeriksaan dibuat, kanak-kanak itu disahkan mengandung dan sakitnya itu disebabkan ingin melahirkan anak (contraction).

LAHIRKAN ANAK

Murid perempuan berusia 11 tahun itu telah selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat dan sempurna di sebuah klinik swasta.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah,"

POLIS DAH KENALPASTI TEMAN LELAKI

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Polis dah kenalpasti teman lelaki namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat buat masa ini.

Ini komen pihak polis: (HarianMetro)

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu,"

Kes ini masih disiasat pihak polis.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment