Kasih Seorang Bapa Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Biayai Pengajian Anak
Kasih bapa tiada tandingan. Satu kisah menyayat hati berlaku apabila seorang bapa nekad menjual ginjal (buah pinggang) untuk membayar yuran pengajian anak perempuannya.
Heri Akhmat Rivai ini rela menjual buah pinggangnya kepada sesiapa yang memerlukan demi memastikan anaknya bernama Dindi Intan Pertiwi, dapat meneruskan pengajian di sebuah universiti di Indonesia.
Dindi kini sedang melanjutkan pelajran dalam jurusan Ilmu Sosial dan Politik dan juga Administasi Publik.
Heri dilihat membawa papan tanda "Saya mau menjual ginjal untuk biaya kuliah putri saya" dan merayau-rayau untuk mencari mereka yang memerlukan.
Ini komennya:
"Anak saya kini berkuliah untuk memasuki semester 5 tetapi kerana tidak mampu bayar yuran dia mungkin tidak boleh sambung kuliahnya dan wang perlu dibayar sebelum 6 Ogos semalam."
"Anak saya sepatutnya menadapat biasiswa tetapi sehingga kini belum menerimanya," ujar Heri.
"Saya perlukan wang tersebut sebelum 6 ogos sebanyak Rp3 juta (RM865) untuk membayar yuran anaknya setiap satu semester dan saya juga telah pajakkan rumah saya selama setahun dengan harga Rp3 juta untuk pembiayaan yuran sebelum ini,"
"Malam tadi (30 Julai), saya berangkat dari Purwokerto dan sampai ke Kampung Rambutan dan samapi ke sini 7 jam kemudian dengan membawa tulisan 'Saya Mau Menjual Ginjal untuk biaya Putri Saya', tetapi tidak ada langsung orang ambil peduli bahkan sebuah kereta atau motor pun tidak berhenti,"
Heri menangis ketika ditemubual tentang perkara ini dan kisahnya juga menjadi viral.
Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Sayangilah orang tua anda dan kepada pelajar semua berlajarlah bersungguh-sungguh dan jangan lupa balas jasa ibu bapa.
Blogger Comment
Facebook Comment