Kerajaan Mungkin Digulingkan Jika Tiada Langkah Diambil - Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan mungkin digulingkan dengan cara tidak demokratik sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, itulah kata-kata timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
TPM juga berkata, beliau terpaksa mendedahkan rancangan membabitkan pembangkang dan beberapa pemimpin 'bersara' supaya menghentikan rancangan mereka.
Ini komennya:
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menerima maklumat yang tepat mengenai apa yang mereka lakukan dan menyelesaikan masalah itu.
"Mereka merancang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Namun matlamat sebenar mereka adalah untuk merampas kuasa melalui pintu belakang,"
Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam rancangan tersebut tidak boleh menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi cara demokratik.
TPM juga yakin rakyat Malaysia akan menolak sebarang usaha untuk melemahkan kerajaan pimpiana PM Najib yang telahpun dipilih secara demokratik.
Sumber: mStar
Blogger Comment
Facebook Comment