Laluan Mukhriz Mudah Jadi Menteri Besar - PM Najib
Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak berdepan dengan laluan sukar untuk dilantik sebagai menteri besar, tidak seperti pemimpin sebelumnya, itulah antara kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berucap demikian ketika di Mesyuarat Perwakilan Umno Alor Setar. PM Najib juga menambah tidak seperti sebelum ini, tiada seorang pun yang mempersoalkan hak prerogatif beliau membuat perlantikan itu.
Perdana Menteri Najib yang juga menteri kewangan berkata keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya umum 2013.
Ini katanya: (MalaysiaKini)
"Kedah menang sebab team work. Bila nak pilih Muhkriz (sebagai menteri besar), Ahmad Basha Md Hanipah bagi laluan. Tak merajuk, tak marah dengan keputusan saya, sebab saya ada (hak) prerogatif (buat perlantikan).
"Ahmad Bashah hanya cakap: "Ia okay, tapi kalau ada apa-apa bagi kat sayalah. Jangan lupa saya," kata presiden Umno itu yang mengundang gelak ketawa kira-kira 1,000 hadirin.
PM Najib berkata sebelum ini, pemimpin Umno negeri dipanggil bertemu dengannya satu persatu sama ada mereka bersetuju dengan pilihan beliau.
Mukhriz dan Ahmad Bashah antara yang hadir dalam majlis itu.
Blogger Comment
Facebook Comment