Propellerads

"Pemindahan pegawai SPRM sungguh pelik dan sangat mengecewakan"- KJ

"Pemindahan pegawai SPRM sungguh pelik dan sangat mengecewakan"- KJ


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau nama mesranya KJ dilihat meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku dengan SPRM.


Ini ekoran isu penahanan beberapa pegawai untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan juga pemindahan secara mengejutkan pengarah operasi SPRM.

Menurut KJ, tindakan itu akan mengundang lebih banyak spekulasi dan juga prasangka buruk terhadap kerajaan dan SPRM.

Ini komen KJ: (BeritaHarian)

Seolah Terancang, Harus Dihentikan

"Apa saja intimidasi (tindakan menakutkan pegawai SPRM) yang seolah-olah terancang, mestilah dihentikan serta-merta. Tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya.

Ulas Isu Pengarah SPRM Dipindahkan

"Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM,"

"Saya melihat pemindahan pegawai sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi terancang terhadap SPRM yang akan melemahkan institusi kerajaan dan pihak berkuasa kita.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan dari mana-mana pihak. Jangan kerana kita ada agenda tertentu, kita sanggup meruntuhkan institusi ada dalam negara ini.

"Saya tidak sanggup membenarkan keadaan seperti itu berlaku. Institusi seperti SPRM mestilah kita pertahankan untuk menjadi sentiasa bebas dan dapat menjalankan tugas dengan telus,".

Komen KJ ini mendapat respon positif dari orang ramai yang bersetuju dengannya.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment