Propellerads

Penentang PM Najib Bawah Tapak Kaki Saya - Azwan Ali

Penentang PM Najib Bawah Tapak Kaki Saya - Azwan Ali


Melalui satu temubual dengan Media Hiburan, Azwan Ali menggelar penentang PM Najib hanya standard berada di bawah tapak kakinya.



Menurut Azwan, hak untuk menyokong PM Najib adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.

Ini komennya:

"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," 

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," 

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara,"

Azwan Ali juga mengesahkan telah membuat report polis ke atas seorang pengguna kerana mengugutnya setelah menggelar Muhyiddin sebagai duri dalam daging.

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! 

"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," 

"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua. 

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan. 

"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," 

Itulah penjelasan dari Diva AA atau Azwan Ali ini.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment