Propellerads

Remaja 16 tahun, Syed Sumail Jadi Jutawan Dengan Hanya Bermain Game

Syed Sumail Jadi Jutawan Dengan Hanya Bermain Game


Seorang remaja Pakistan berumur 16 tahun berjaya menjadi jutawan dengan hanya bermain game. Syed Sumail merupakan salah seorang ahli Evil Geniuses juara The International, DOTA 2.

Keseluruhan ahli pasukan Evil Geniuses meraih hadiah USD $6,634,000 juta diatas kemenangan di pertandingan DOTA 2 itu.

Kalau dikira, Sumail akan menerima USD 1.3 Juta.

The International boleh diibaratkan sebagai Piala Dunia bagi permainan DOTA, pertandingn yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun.

Syed Sumail yang berasal dari Pakistan, sememangnya menjadi tumpuan dan popular dikalangan pemain DOTA 2 apabila tekniknya bermain sebagai solo mid lane yang amat hebat.

Sumail menunjukkan skil yang hebat ketika menggunakan Leshrac dan Storm Spirit dan sering memaksa peserta lawan "banned" hero tersebut agar tidak dapat digunakan Sumail.

Sumail mula bermain pada usia 8 tahun dan menghabiskan masa hampir 9 jam setiap hari untuk memperbaiki skilnya.





Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment