Propellerads

Dibawah Pengaruh Barang Terlarang, Bakar Rumah Ibu

Dibawah Pengaruh Barang Terlarang, Bakar Rumah Ibu


Seorang anak dibawah pengaruh barang terlarang, bertindak di luar batasan apabila membakar rumah ibunya sendiri.

Kebakaran rumah ini menyebabkan wanita warga emas itu hampir pengsan melihat rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun lalu musnah dalam sekelip mata.

Kejadian berlaku di Kampung Belanga, Pahi, Kelantan, Mek Mas Awang Long yang kini berumur 65 tahun, telah kerugian RM45,000, selepas anak lelakinya membakar rumahnya.

Anak keempatnya itu berusia 35 tahun disyaki kemurungan akibat ketagihan bahan terlarang.

Ketika kejadian Mek Mas tidak berada di dalam rumah dan kemudiannya dimaklumkan seorang jiran tentang kebakaran rumahnya.

Ini komen Mek Mas:

“Setibanya di rumah saya terkejut melihat api menjulang tinggi dan saya hanya mampu meraung kerana api merebak dengan cepat.

“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk dokumen penting.”.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 pagi sebelum dua jentera bomba bersama sembilan anggota segera berangkat ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah itu sudah 70 peratus terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.

Mek Mas membuat laporan polis selepas kejadian dan anaknya sudah ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment