Tiga Jurujual Low Yat Didapati Bersalah Dan Didenda
Tiga orang jurujual telefon bimbit di Plaza Low Yat masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.
Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap 3 orang jurujual tersebut iaitu:
Low Leong Seng, 29 tahun
Eric Chan Weng, 23 tahun
Soo Weng Hing, 26 tahun
Mereka bertiga akan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang telah ditetapkan itu.
Jurujual ini didakwa berdasarkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Shahrul Anuar, 22 tahun di Tingkat G, Plaza Low Yat.
Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabut kesalahan telag diperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Sumber: Harian Metro
Blogger Comment
Facebook Comment