Propellerads

Yatt Hamzah Bercerai Talak Satu Semalam

Yatt Hamzah Bercerai Talak Satu Semalam


Akhirnya ikatan perkahwinan Haryati Hamzah atau Yatt dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor berakhir juga.

Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berkekalan.

Pasangan ini bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. Perkara itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

Ini komen Abdul Mutalib::

"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," 

Mereka dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment