Anina Saman Tengku Adnan Pula
Selepas PM Najib, kini Ku Nan atau nama penuhnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula diheret ke mahkamah oleh Anina Saadudin.
Untuk pengetahuan, Anina merupakan bekas anggota Umno yang dipecat dengan surat yang dikeluarkan oleh Ku nan baru-baru ini setelah menyaman PM Najib.
Anina memfailkan tindakan kepada Tengku Adnan dan setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh itu hari ini melalui tetuan Haniff Khatri.
Anina juga telah memohon mahkamah supaya mengisytiharkan surat yang dikeluarkan dan pemecatannya tidak sah dan terbatal.
Ini komen Anina:
“Saya bukan anai-anai yang hendak merosakkan parti. Saya hanya hendak mempertahankan UMNO daripada dimusnahkan oleh ‘KuMan Lapuk’ seperti Ku Nan (Tengku Adnan) yang bersekongkol dengan Najib dalam membuat salah laku,”
“Saya mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan bagaimana UMNO itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang kuasa tertinggi.
“Ahli-ahli UMNO perlu dihormati kerana merekalah tulang belakang parti,”
sumber: PerakToday
Blogger Comment
Facebook Comment