Propellerads

Gencatan Senjata Antara Najib Dan Muhyiddin Tak Akan Bertahan Lama- Penganalisis Politik

Gencatan Senjata Antara Najib Dan Muhyiddin Tak Akan Bertahan Lama- Penganalisis Politik


Hasil menyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam dilihat memberi manfaat jangka panjang kepada Tan Sri Muhyidin Yassin, yang hanya perlu menunggu saat sesuai melancarkan serangan.

“Gencatan senjata” antara pemimpin nombor satu dan nombor dua Umno itu tidak akan bertahan lama, jika muncul lebih banyak dakwaan skandal melibatkan Najib.

Kata-kata itu dibuat oleh penganalisis politik, Wong Chin Huat.

Ini kata Wong lagi:

“Mereka tunggu lebih banyak durian jatuh ke kepala Najib. Mereka boleh kata bukan kami tidak sayang Najib, tetapi kami lebih sayangkan parti,”

Wong juga percaya keputusan semalam dicapai mungkin kerana kedua-dua pihak Najib atau Muhyiddin sebenarnya tiada kekuatan untuk menolak antara satu sama lain.

Mesyuarat semalam merupakan yang pertama setelah Muhyiddin disingkirkan daripada TPM  dan berlangsung tanpa pemecatan.

Sementara itu, sekumpulan penyokong Muhyiddin berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden Umno itu.

Muhyiddin bagaimanapun kelihatan bergambar mesra dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib dan Naib Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi yang dipilih menggantikan tempatnya sebagai timbalan perdana menteri.

Muhyiddin juga telah mengumumkan kesetiaannya dengan mengaku seorang “Umno totok”.

Sumber: MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment