Propellerads

'Ikut PM Najib Atau Letak Jawatan' - Chua Soi Lek

'Ikut Najib atau letak jawatan' - Chua Soi Lek


Bekas presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini membidas penggantinya Datuk Seri Liow Tiong Lai terlalu lemah sehingga akar umbi parti tidak pasti dengan pendirian pucuk pimpinan.

Chua Soi Lek juga mengatakan Liow Tiong Lai juga gagal mentransformasikan parti MCA.

Ini komen Chua:

"Liow ini terlalu lemah, dia ini seorang penakut. Dia suka elak, sebab itu dia tiada pandangan yang benar"

Beliau mengambil pengisytiharan bahagian Pasir Gudang MCA untuk 'putus hubungan' dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai contoh.

Beliau berkata sebagai ahli komponen BN, tiada sebarang pemimpin sepatutnya menyuarakan ketidakpuasan hari secara terbuka.

Chua berkata sekiranya pemimpin-pemimpin bahagian tersebut bermaruah dan berintegriti, mereka sepatutnya meletak jawatan serta-merta.

Ini komen Chua Soi lek:

"Suka tak suka kena ikut. Kalau nak jadi hero pun, kalau ada maruah, maka dia seharusnya letak jawatan. Kerana Perdana Menteri dapat sokongan dari Barisan Nasional."

"Mereka bukan penyokong saya, jangan memalukan saya. Penyokong saya ada disiplin yang tinggi macam saya"

Sumber: KiniTV


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment