Propellerads

Keluar Saja Dari BN - KJ

Keluar Saja Dari BN - KJ



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) memberi saranan kepada Pemuda MCA Pasir Gudang yang diketuai Chow Hui supaya keluar sahaja BN jika ingin memutuskan hubungan dengan PM Najib.

Ini komennya:

“Saya mahu Pemuda MCA Kebangsaan membuat siasatan mendalam ke atas ketetapan Pemuda MCA Pasir Gudang seperti yang dinyatakan semalam (kelmarin).

“MCA merupakan rakan komponen dalam BN sejak sekian lama dan perkongsian kuasa di antara kaum telah kita amalkan dengan jayanya selama ini. Kerjasama ini boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti Pemuda MCA Pasir Gudang,” 

“Jelas sekali, ini merupakan langkah kebudak-budakan, mendahului parti dan dikhuatiri berniat jahat ke atas kepimpinan negara dalam keadaan serta cabaran geopolitik yang sedang kita lalui.

“Pemuda Umno ingin mengingatkan Chow Hui supaya membuat pertimbangan  wajar sebelum mengeluarkan  kenyataan yang boleh merosakkan kerjasama parti-parti komponen BN,”

KJ kesal dengan tindakan Chow Hui  apabila mengaitkan isu perhimpunan baju merah sebagai alasan berbuat demikian.

Tindakan itu bertentangan dengan prinsip kerjasama dan setia kawan dalam Barisan Nasional serta mencabar semangat kekitaan dalam gagasan yang dibentuk sekian lama.

Kelmarin sebuah portal web melaporkan Chow Hui memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu.

Chow Hui dilaporkan berkata himpunan baju merah menghancurkan keharmonian kaum. Dikatakan anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment