Propellerads

Mukhriz Belum Terima Makluman Beliau Dipecat

Mukhriz Belum Terima Makluman Beliau Dipecat


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz menganggap mesej mengenai pemecatan beliau bersama enam pemimpin UMNO lain yang tersebar melalui WhatsApp sejak malam semalam, sebagai perkara yang tidak wujud.

Mukhriz mengesahkan tiada menerima sebarang makluman tentang soal pemecatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

Ini komen Menteri Besar Kedah:

"List (senarai) ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon. 

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat. 

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," 

Sekarang ini Mukhriz masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Kedah

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment