Propellerads

Ong Kim Swee Ganti Dollah Salleh

Ong Kim Swee Ganti Dollah Salleh




FAM mengumumkan Datuk Ong Kim Swee dilantik menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan bagi menggantikan Dollah Salleh, yang disahkan meletak jawatan.

Ini tweet dari FAM:

“Rasmi: Datuk Ong Kim Swee dilantik pengendali sementara skuad kebangsaan selepas Dollah Salleh letak jawatan, semalam.”


Sementara itu, Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha‎ Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi tadi.

Ini komen Dollah Salleh:

"Keputusan meletak jawatan itu muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini‎ dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," 

Kekalahan 10-0 skuad Harimau Malaya kepada UAE adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Bagi Dollah, beliau tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment