Propellerads

PAS Tak Sertai Pakatan Pembangkang Yang Baru

PAS Tak Sertai Pakatan Pembangkang Yang Baru


Parti Islam SeMalaysia, PAS telah memutuskan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti  itu hanya akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR.

Ini komen dari Takiyuddin:

"PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik tersendiri. Walaubagaimanapun PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan,"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan sebagai platform baru gabungan politik parti pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berharap PAS akan turut serta dalam pakatan baru itu.

Ini pula komen dari Wan Azizah:

"Pas sekadar mengucapkan terima kasih atas jemputan persidangan meja bulat dan tidak dapat menghadirkan diri buat masa ini,"
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment