PM Najib Puji Kemenangan Besar Pro-kerajaan Di Universiti
Kemenangan besar perwakilan pelajar mahasiswa prokerajaan (Aspirasi) dalam pilihan raya kampus universiti baru-baru ini membuktikan generasi remaja memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan mahasiswa prokerajaan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus.
PM Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di sini, Ahad.
Ini komennya:
"Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.
"Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita,"
"Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita,"
Pro-Aspirasi menang besar di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.
Blogger Comment
Facebook Comment