Propellerads

Suami Umie Aida, Datuk Khairuddin Ditahan Polis

Suami Umie Aida, Datuk Khairuddin Ditahan Polis


Suami pelakon Umie Aida yang juga Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan oleh PDRM di rumahnya semalam.

Ini komen dari peguam Khairuddin:

"Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan," kata peguam Khairuddin, Matthias Chang.

Menurut isteri Khairuddin pula, Datin Seri Umie Aidi, suaminya itu ditahan di kediamannya di Mont Kiara kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Ini pula komen Umie Aida:

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah"

Umie juga berkata polis turut merampas beberapa barang peribadi termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon.

Menurut Khairuddin, dia sepatutnya meninggalkan negara ini jam 10.30 pagi tadi untuk ke New York dan London namun dihalang daripada berbuat demikian.

Menurutnya, beliau telah ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan.

Ini komen Khairuddin:

“Kami disenaraihitamkan oleh Imigresen atas arahan polis,” 

 “Malangnya pihak pegawai Imigresen Malaysia hanya memaklumkan bahawa ini adalah atas arahan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman,” 

Di dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau sebelum ini, Khairuddin memberitahu  pihak PDRM telah memintanya hadir ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengambil keterangan berkenaan tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal yang membabitkan 1MDB.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin menyerahkan bukti berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan meminta pihak berkuasa negara tersebut menyiasat aktiviti syarikat itu.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment