Tiada Sesiapa Dipecat Hari Ini
Ramai yangtertunggu-tunggu Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung hari ini. Apa yang akan berlaku kepada Muhyiddin Yassin dan Mukriz?
Akhirnya mesyuarat Majlis Tertinggi berakhir tanpa sebarang pemecatan, semuanya selamat belaka.
Malah Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat hari ini berlangsung dalam suasana sangat baik dan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Ini komen PM Najib:
"Kita berbincang banyak perkara dan saya mengalu-alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti.
"Beliau juga menyatakan kesetiaan kepada Umno dan kesanggupannya terus berjuang bagi memastikan Umno dalam pilihan raya umum akan datang,"
Sebelum itu Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di ibu pejabat parti itu.
Ia adalah mesyuarat pertama badan berkenaan sejak Najib merombak kabinetnya dan mengetepikan Muhyiddin dan juga Mohd Shafie Apdal dari jawatan mereka.
PM Najib mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen diberikan Muhyiddin dan juga Mohd Shafie Afdal.
"Ucapan terima kasih juga kepada Mohd Shafie yang turut memberikan komitmen sama. Beliau juga menyatakan kesanggupan untuk bekerja demi kepentingan parti,"
Sumber: MalaysiaKini
Blogger Comment
Facebook Comment