Propellerads

Tun M: Saya dah tua untuk ditahan

Tun M: Saya dah tua untuk ditahan




Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak menolak kemungkinan dirinya boleh ditahan Akta Sosma kerana lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini melalui Akta Sosma, Khairuddin telah ditahan selama 28 hari.

Mahathir yang kini berumur 90 tahun bagaimanapun berkata beliau sudah terlalu tua untuk ditahan dan dipenjarakan.

Mahathir merupakan seorang yang selalu berkata secara sinis dan berseloroh. Kata-katanya itu disambut dengan sedikit gelak ketawa dari orang ramai.

Ini komen Tun M apabila ditanya samada beliau bersedia akan ditahan SOSMA:

“Saya belum bersedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” 

“Walaupun nyanyuk, tetapi tiada alasan untuk berkata tentang perkara salah,” 

“Ini undang-undang, saya harus patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” 

Mahathir berkata Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO.

Katanya, Sosma membenarkan penahanan seumur hidup sedangkan ISA hanya memperuntukkan penahanan dua tahun.

Beliau juga berkata dakwaan sabotaj terhadap Khairuddin juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang itu.

Sumber: KiniTV
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment