Propellerads

6 Gambar Model Baru Trak Pikap Proton

6 Gambar Model Baru Trak Pikap Proton


Proton hari ini telah mempamerkan sebuah model konsep trak pikapnya kepada orang ramai.

Pameran dibuat di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam, hari ini.

Menurut laporan dari portal Carlist.my, model tersebut yang belum lagi mempunyai nama secara rasmi.

Jika dilihat, trak pikap berwarna jingga ini, reka bentuk depannya diserlahkan dengan rekabentuk lebih garang.

Proton juga masih belum memberikan sebarang kepastian tentang model produksi untuk konsep tersebut.

Orang ramai menyambut baik konsep tersebut dan berharap Proton akan melakukan yang terbaik sekiranya konsep berkenaan memasuki fasa produksi.

Karnival Alami Proton 2015 yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga esok di Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang.







Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment