Propellerads

Ahli Politik Nafikan Hadith Nabi Muhammad - Sanusi Junid

Ahli Politik Nafikan Hadith Nabi Muhammad - Sanusi Junid


Seorang veteran Umno berkata, ahli politik telah mengubah kepercayaan umat Islam bahawa rezeki manusia diperoleh daripada manusia dan bukannya Allah.

Ini dikatakan oleh bekas menteri besar Kedah iaitu Tan Sri Sanusi Junid. Bagi beliau keadaan itu bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad yang menegaskan, sembilan daripada 10 punca rezeki diperoleh daripada aktiviti perniagaan.

Ini komennya:

"Kini rakyat percaya bahawa ahli politik yang memberikan kekayaan dan mampu mengubah taraf kehidupan masing-masing.

"Hanya orang politik saja yang mampu 'menafikan hadis nabi'. Sepatutnya, sembilan daripada 10 (sumber) rezeki datangnya dari perniagaan, tetapi orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah dari pintu politik," 

Sanusi Junid berkata demikian sewaktu berucap di majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Ampang, Selangor hari ini.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment