Propellerads

Ahli Umno, Bekas Adun Maut Ditembak Selepas Solat Jumaat

Ahli Umno, Bekas Adun Maut Ditembak Selepas Solat Jumaat


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Marang, Alias Abdullah hari ini maut setelah ditembak di rumahnya.

Kejadian berlaku selepas mangsa pulang dari solat Jumaat sebentar tadi

Mangsa dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera dari tembakan di bahagian kepalanya.

Menurut laporan awal, suspek merupakan dua orang lelaki yang menaiki motosikal melepaskan beberapa tembakan kearah mangsa.

Kejadian berlaku di bahagian dapur rumah mangsa.

Untuk pengetahuan, Alias pernah memenangi kawasan DUN Alor Limbat pada tahun 2004 hingga 2013. Beliau merupakan seorang peguam.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment