Propellerads

Biskut Berharga RM 65,000

Biskut Berharga RM 65,000


Mesti korang pernah tengok filem box office Titanic lakonan Leonardo Di Carpio dan Kate Winslet yang popular dan merupakan antara filem berjaya di dunia.

Filem itu sebenarnya diinspirasi dari kejadian sebenar tenggelamnya kapal titanic apabila melanggar bongkah ais.

Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Menurut laporan ITV News, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut bernama James Fenwick yang dikatakan antara mereka yang menaiki bot SS Carpathia.

Dia menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'.

Di biskut berkenaan tertera tulisan 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'.

Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment