Propellerads

Blonde Rambut: Hanya Tuhan Berhak Hakimi Saya - TMJ

Blonde Rambut: Hanya Tuhan Berhak Hakimi Saya - TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lebih mesra dikenali sebagai TMJ, sekali lagi telah menarik perhatian orang ramai.

Baginda telah mewarnakan rambutnya kekuningan (blonde) dan gambarnya telah dimuatnaik di laman facebook.

TMJ menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tiger memberitahu tindakannya itu adalah untuk suka-suka sahaja.

Ini komen TMJ:

"Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun.

"Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. 

"Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya,"
  
"Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. 

"Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya," 

Sumber: FB Johor Southern Tiger
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment