Propellerads

Kecoh Di KLCC Apabila Beg Pakaian Disangka Bom

Kecoh Di KLCC Apabila Beg Pakaian Disangka Bom


Penemuan mencurigakan tiga bungkusan beg yang yang dikhuatiri mengandungi bom di KLCC menjadikan suasana agak kecoh.

Beg berkenaan yang ditemui diletakkan di bahagian tepi bagunan antara pintu masuk utama Suria KLCC dan pintu masuk Menara 2 KLCC membuatkan orang ramai cemas.

Susulan itu, polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan tentang perkara itu.

Anggota UPB lengkap berpakaian kalis letupan dilihat telah memeriksa beg berkenaan dengan melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan sebelum beredar keluar dari kawasan itu dengan membawa beg berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Keramat dan Unit HAZMAT turut dipanggil pada jam 12.35 tengahari tadi untuk membantu memantau keadaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, sebentar tadi mengesahkan objek yang ditemui itu adalah hanya tiga beg berisi pakaian.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment