Propellerads

Kes Culik: Pemandu Teksi Akhirnya Dibebaskan

Pemandu Teksi Kes Culik Akhirnya Dibebaskan


Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan bon polis, hari ini.

Ini dinyatakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah. Sementara itu, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Beliau berkata, pemandu berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Ini komennya:

"Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan,"

Pada 9 Oktober yang lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun diculik dua lelaki ketika dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment