Propellerads

Mujur Ada GST - PM Najib Dedah Kebaikkan GST

Mujur Ada GST - PM Najib Dedah Kebaikkan GST


Perdana Menteri, Najib Razak berkata "mujur ada GST" ketika menyampaikan ucapan pembentangan Bajet 2016 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen di sini, hari ini.

Tanpa pelaksanaan GST, PM Najib berkata hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.

Ini komen PM Najib:

"Mujur ada GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), kalau GST tidak ada, kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam,"

"Kalaulah kita kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kutipan hanyalah sekadar RM18 bilion berbanding GST iaitu sebanyak RM39 bilion.

"Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

"Andai kata ini berlaku, kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan perniagaan pasti akan meningkat," 

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment