Propellerads

Pelajar Tingkatan 5 Maut Dikelar Kekasih Kerana Cemburu

Pelajar Tingkatan 5 Maut Dikelar Kekasih Kerana Cemburu


Seorang remaja perempuan yang juga pelajar tingkatan 5 ditemui meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini, malam semalam.

Mayat Intan Suraya Mawardi,17 ditemui oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian leher di atas katil di dalam biliknya kira-kira jam 7.30 malam.

Bapa mangsa yang baru pulang ke rumah telah beberapa kali memanggil nama anak perempuannya itu namun tidak disahut.

Dia yang berasa curiga dengan keadaan itu terus ke bilik mangsa dan mendapati anaknya itu sedang baring dan berselimut.

Bapa mangsa kemudian menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak lagi bergerak dan menemui kesan kelar di leher.

Dengan cemas, bapa mangsa terus menghubung ambulans dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

Polis berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan pergelutan yang berlaku di dalam bilik mangsa.

Susulan daripada kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Teluk Kumbar di sini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis turut menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa di kawasan Bayan Lepas selain telefon bimbit mangsa pada lelaki yang ditahan.

Polis masih lagi menyiasat motif kejadian dan kes akan disiasat mmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment