Propellerads

Rani Kulup Repot Polis Tol Naik

Rani Kulup Repot Polis Tol Naik


Abdul Rani Kulup Abdullah dengan beraninya tampil bertanya di mana hasil kutipan cukai GST yang sepatutnya mampu mengatasi masalah kenaikan kadar tol.

Rani Kulup yang merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), melahirkan rasa kecewa apabila harga tol dinaikkan baru-baru ini.

Rani Kulup juga membuat repot polis berhubung kenaikan bayaran tol di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Rani Kulup juga bimbang rakyat akan memberontak kerana tol naik.

Ini komennya:

“Ayah pun tak faham ke mana perginya hasil kutipan cukai GST, sebab semakin hari semakin banyak harga yang naik,”

“Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.”

“Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu nanti. Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan,” 

“Rakyat akan menjadi semakin tertekan dengan bebanan lain yang semakin meningkat. Jangan bebankan rakyat lagi, tiada sebab untuk naikkan kadar tol. Jangan sampai rakyat memberontak pasal tol.

“Kerajaan sepatutnya campur tangan dalam hal ini, harga tol tidak boleh dinaikan sesuka hati. Malaysia sepatutnya tidak perlu mengenakan sistem tol ini lagi, hapuskan terus sahaja,” 

“Hari-hari lebuhraya penuh dengan kenderaan, jadi kenapa perlu naikkan harga tol lagi, kerajaan sepatutnya menangani masalah pengurusan tol yang semakin tidak terurus sehingga sesak lalu lintas.

“Tol di Malaysia ini tumbuh bagaikan cendawan, kiri kanan ada tol, dan bila harga tol dinaikkan lagi rakyat akan marah walaupun naik 10 sen sahaja," 
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment