Barack Obama Tak Hormati Tuan Rumah - Veteran Umno
Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai tidak menghormati tuan rumah.
Itu yang dikatakan oleh Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub.
Kata belia, Barack Obama sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan politik negara ini. Sekaligus menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri.
Ini komennya:
“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.
“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah,”
Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.
Sumber: Sinar
Blogger Comment
Facebook Comment