"Hidup Mewah Bukti Rasuah, Tun M Akan Ke Penjara" - Menteri Komunikasi & Multimedia
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata jika cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gaya hidup mewah digunakan sebagai bukti rasuah berlaku, maka beliau yang mungkin akan dipenjara.
Salleh berkata, cadangan Tun M sama seperti menganggap seseorang itu adalah bersalah sehingga dan melainkan jika beliau boleh membuktikan dirinya tidak bersalah.
"Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuat-kuasakan, maka Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang terpaksa membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara,"
"Jika begitu cara sistem perundangan kita, maka tiada siapa akan selamat lagi.
"Anda boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana ada yang mendakwa anda mengamalkan rasuah hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang anda tinggal,"
Sumber: MalaysiaKini
Blogger Comment
Facebook Comment