Lebih 140 Orang Terbunuh Serangan Pengganas Di Perancis
Lebih dari 140 orang terbunuh dalam serangan di dewan konsert Bataclan dan beberapa kawasan di Perancis pada Jumaat malam di sini, kata polis.
DEWAN KONSERT BATACLAN
Di dewan konsert Bataclan, tiga orang lelaki dipercayai pengganas yang melakukan serangan turut ditembak mati selepas polis menyerbu dewan itu.
TEMBAKAN RAMBANG
Terdahulu, seramai 39 dilaporkan maut dalam beberapa siri tembakan di sekitar Paris termasuk di kedai makan.
STADIUM BOLA
Selain itu, dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak, letupan turut kedengaran di luar stadium Stade de France ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Perancis dan Jerman.
Tiga dilaporkan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah dalam insiden letupan di pintu masuk J, di stadium tersebut.
Para penyokong yang menyaksikan perlawanan berkenaan turut menunggu sehingga suasana selamat sebelum jeluar dari stadium.
Pasukan keselamatan turut melakukan pemeriksaan rapi terhadap kenderaan dan hotel yang didiami pasukan German dan Perancis.
Blogger Comment
Facebook Comment