Propellerads

Nurul Izzah Saman Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri

Nurul Izzah Saman Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri


Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR telah menfailkan saman fitnah ke atas Ketua Polis Negara dan juga menteri Ismail Sabri.

Izzah berkata fitnah yang dilempar terhadapnya kerana pertemuan dengan anak bekas Sultan Sulu, Jacel H.Kiram begitu dahsyat menyebabkan beliau mengambil keputusan mengambil tindakan undang-undang.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah tiada pilihan melainkan memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini komennya:

“Ingin saya menjelaskan bahawa saya telah membuat permohonan maaf terutamanya kepada ahli keluarga dan mereka yang terlibat dalam pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Lahad Datu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana saya dilemparkan dengan tuduhan yang sangat dahsyat,” 

Izzah akan memberikan keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman pada petang Jumaat (esok).

Nurul Izzah melalui peguamnya N. Surendran telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta dan menyatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan telah menuduhnya sebagai ‘pengkhianat’ dan melakukan ‘jenayah’ yang serius dalam pernyataan tuntutannya.

Nurul Izzah menuntut ganti rugi dan perintah injunksi bagi menghalang mereka daripada terus menerbitkan kenyataan yang serupa terhadap beliau.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment