Propellerads

'Progam hiburan di TV keterlaluan' - Titah Raja Perlis

'Progam hiburan di TV keterlaluan' - Titah Raja Perlis




Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang terhadap program dan hiburan yang disiarkan di TV.

Ternyata lebih banyak rancangan melalaikan yang disiarkan oleh televisyen berbanding program keagamaan.

Ini titah Raja Perlis:

"Saya berharap jabatan dan agensi agama Islam, para pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha mengadakan lebih banyak program dan gerak kerja memperkasa akidah dan akhlak umat Islam negara ini.

"Penganjuran kelas tadabbur al-Quran dalam kumpulan kecil yang membincangkan pengajaran yang terkandung dalam al-Quran hendaklah dihidupkan untuk membuka minda umat Islam mengenai realiti kehidupan dengan mesej kalimah suci daripada Allah SWT," 

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah merasmikan program 'Perkampungan Sunnah Sesi Kedua 2015' anjuran Jabatan Mufti Perlis dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Alwi di Kangar malam tadi.

Baginda merakamkan penghargaan kepada Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana sering memberikan hujah dan pandangan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah terhadap isu-isu yang membelenggu umat Islam.

"Khazanah ilmu dalam al-Quran sangat luas, tepat dan penuh dengan fakta-fakta saintifik tetapi al-Quran bukanlah buku teks atau buku rujukan yang menyenaraikan fakta-fakta sains dan sejarah semata-mata," titah baginda.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment