Propellerads

Sukar Promosi Malaysia Dengan Adanya Isu 1MDB - Nazir Razak

Sukar Promosi Malaysia Dengan Adanya Isu 1MDB - Nazir Razak


Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak yang juga merupakan adik PM Malaysia Najib Razak, mengakui sukar untuk mempromosikan Malaysia dengan adanya skandal 1MDB.

Ini komen Nazir Razak:

"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," 

Nazir Razak memang terkenal dengan kelantangannya mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya itu.

Syarikat 1MDB kini dikatakan bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.

Kenyataan Nazir itu amat berbeza dengan jawapan PM Najib yang menyatakan bahawa isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

Ini komen PM Najib:

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sumber: malaysiakini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment