Propellerads

Berdamai: PM Najib Dan Muhyiddin Perlu Ikhlas - Khairy Jamaluddin

Berdamai: PM Najib Dan Muhyiddin Perlu Ikhlas - Khairy Jamaluddin


Umum mengetahui terdapat perselisihan pendapat antara dua pemimpin UMNO ketika ini.

Proses perdamaian antara Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berlaku secara ikhlas tanpa dipaksa.

Itulah yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Baginya langkah penyatuan dan proses perdamaian  antara kedua-dua pemimpin itu mungkin perlahan, tetapi harus diingat krisis yang berlaku kepada mereka bukanlah perkara kecil.

Sementara itu, semua perwakilan gembira dengan tindakan Najib memberi ruang penyatuan dalam ucapan penggulungannya dan kini menunggu maklum balas Muhyiddin dan pimpinan lain.

Ini komen dari Khairy yang lebih mesra di sapa KJ:

"Kita tak boleh paksa benda ini (berpelukan di atas pentas), kena ikhlas kerana mungkin apa yang berlaku menyebabkan mereka kekok sikit. 

"Ini bukan perbezaan pendapat biasa yang membabitkan dua pimpinan tertinggi parti dan apa yang berlaku agak serius, jadi bila nak pulihkan keadaan tak boleh paksa. 

"Mereka bersalam itu satu langkah besar, saya harap semua pihak lembutkan hati, akan cari keikhlasan dalam diri mereka untuk pastikan apa yang kita dengar dalam ucapan menjadi satu realiti,"

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment