Propellerads

Muhyiddin mungkin gila kuasa - Ku Nan

Muhyiddin mungkin gila kuasa - Ku Nan


Tengku Adnan Mansor (Ku Nan) melihat tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.

Setiausaha Agung UMNO ini berkata, kemungkinan tindakan itu didorong kerana mahukan kuasa mentadbir kerajaan hari ini.

Menurut Ku Nan lagi, tindakan Muhyiddin bersama Tun Mahathir berucap di khalayak umum dan memburukkan parti sudah melampaui batas.

Ini komennya:

"Nak kata keras, keraslah, saya sudah kata semalam (Isnin) jangan melampau, saya amat sedih pertanyaan sama diajukan. Akhir sekali nak minta Presiden saya letak jawatan dan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

"Saya pun tak faham apa hasrat mereka barang kali gila kuasa. Semalam itu telah melampaui batas, saya meneliti ucapan beliau dan berita-berita yang disiarkan,"

Tengku Adnan sebelum itu ditanya mengenai tindakannya yang sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan  keras terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment