Propellerads

Mukhriz Mahathir Nafi Sertai 'Team 5M' Untuk Lawan Najib

Mukhriz Mahathir Nafi Terbabit 'Team 5M' Untuk Lawan Najib


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah tampil menafikan penglibatan beliau dalam kumpulan digelar 'Team 5M' yang dikatakan akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 menentang PM Najib Razak.

Mukhriz yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata kumpulan seumpama itu tidak wujud dan beliau tidak menolak kemungkinan ia agenda pihak tertentu yang ingin memecahbelahkan UMNO.

Ini komennya:

"Saya baca (mengenai 'Team 5M') dan terkejut dengan kenyataan itu. Sebenarnya ia tidak wujud pun. Saya tidak tahu dari mana datangnya (laporan)...maka boleh saya nyatakan bahawa saya bukan sebahagian daripadanya ('Team 5M')," 

Baru-baru ini, sebuah blog pro-UMNO melaporkan bahawa wujud 'Team 5M' yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Presiden UMNO.

Ini antara grafik kononnya Team 5M:



Mohamed Khaled menafikan beliau terlibat dalam kumpulan 'Team 5M' seperti yang didakwa portal berkenaan.

Sumber- BERNAMA


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment