Nurul Izzah Dihalau, Dilarang Masuk Sarawak
Nurul Izzah Anwar telah menaiki kapal terbang ke Sarawak untuk mengumumkan calon pilihan raya negeri Sarawak, namun dia telah dilarang memasuki negeri itu.
Kejadian berlaku sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang selepas pegawai imigresen negeri memberitahu beliau mengenai larangan tersebut.
Ini komen Nurul Izzah:
"Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!,"
Nurul Izzah berkunjung ke Sarawak bersama seorang pembantu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Dr Xavier Jayakumar menerusi penerbangan AK5210.
Dr Xavier mendakwa pegawai imigresen memberitahu sekatan itu daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Ini komen dari Adun:
"Mereka (pegawai) memberitahu arahan itu datang daripada pejabat Ketua Menteri. Beliau akan menaiki penerbangan pulang pada pukul 7.10 malam,"
"Ketua Menteri sepatutnya berani mengadakan pilihan raya yang terbuka dan adil. Jangan sekat ahli parlimen."
Beliau berkata, Sarawak mungkin mempunyai bilangan wakil rakyat yang dilarang masuk berbanding mana-mana negeri di negara ini.
Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata, Adenan mengambil jalan keluar dengan "cara yang sama dilakukan oleh pentadbiran lama"
"Walaupun saya bersetuju negeri mempunyai autonomi imigresen, tetapi ia tidak sepatutnya dilaksanakan sewenang-wenangnya. Jangan salah guna dengan menyekat pemimpin politik,"
Blogger Comment
Facebook Comment